Monday 9 June 2014

Sarapan Pagi yang Sihat


Dah ambil sarapan pagi ke belum? mesti akan ada yang jawab "dah" dan ada juga yang jawab "belum" dengan alasan tak suka bersarapan pagi, tak sempat, tak berselera, nak diet. Sebenarnya, sarapan pagi adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi kebiasaan pada kita setiap hari dan ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang remeh oleh semua orangSarapan pagi wajib diambil kerana ia merupakan makanan yang paling penting kepada kita. Petua orang tua-tua ada berpesan, untuk kekal sihat bertenaga dan langsing, jangan abaikan sarapan pagi. Dan mengikut kajian para saintis, makan pagi dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah, mengawal selera dan membekalkan tenaga.  

Namun ada juga yang mengambil sarapan pagi hari-hari tetapi tidak mengandungi kandungan asas yang diperlukan dan kurang berkhasiat. Asas sarapan pagi yang sihat, mengandungi tinggi kandungan karbohidrat, protein, kalsium, vitamin B6, vitamin A dan zat besi, tetapi rendah kandungan garam dan gula serta rendah lemak.  

Antara menu sarapan pagi yang sihat seperti bijirin, buah-buahan, telur, aot, cereal atau smoothie (minuman yang mengandungi buah-buahan seperti beri dan pisang dikisar bersama yogurt rendah atau bebas lemak dan jus buah-buahan. Coklat juga ditambah menjadikan rasanya bertambah sedap). Tapi menjadi kebiasaan sebagai rakyat Malaysia, kita akan cenderung untuk bersarapan dengan nasi lemak, roti canai, kuih-muih yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Tidak salah untuk kita bersarapan dengan makanan ini tetapi tidak perlulah diambil setiap hari dan tidak mengambilnya secara berlebihan.

Bagi menu sarapan pagi, saya mengamalkan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP)MealShakes Shaklee + milo = memang sedap dan berkhasiat. Ia dapat memberikan tenaga, membuatkan saya berasa kenyang dan cara penyediaan yang senang dan cepat. Banyak khasiat yang terkandung dalam ESP dan Mealshake ini. 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen